top of page

𝓚𝓮𝓷𝓪𝓹𝓪 𝓒𝓪𝓻𝓲𝓪𝓷 𝓡𝓪𝓼𝓶𝓲 𝓣𝓪𝓷𝓪𝓱 𝓟𝓮𝓷𝓽𝓲𝓷𝓰 𝓢𝓮𝓫𝓮𝓵𝓾𝓶 𝓑𝓾𝓪𝓽 𝓤𝓻𝓾𝓼𝓪𝓷 𝓣𝓪𝓷𝓪𝓱 𝓭𝓲 𝓟𝓮𝓻𝓪𝓴?

  • Writer: sapervadere
    sapervadere
  • Sep 17
  • 2 min read
ree

Ramai orang teruja bila nak beli tanah, nak buat pindah milik, ataupun nak mohon pajakan. Tetapi, satu perkara penting yang sering orang terlepas pandang ialah carian rasmi tanah (Carian Rasmi).

Kalau di Perak, sijil carian rasmi ini boleh dibuat terus melalui sistem e-Tanah. Ianya seakan-akan “kad pengenalan” bagi sesuatu tanah yang mana mengandungi maklumat lengkap seperti:


• Siapa pemilik sebenar tanah terkini

• Kategori tanah (pertanian, bangunan, industri)

• Sekatan kepentingan (contohnya perlukan kebenaran MB)

• Jika ada bebanan seperti gadaian atau caveat


𝐂𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐯𝐬 𝐂𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 – 𝐀𝐩𝐚 𝐁𝐞𝐳𝐚𝐧𝐲𝐚?


• Carian Tidak Rasmi/Persendirian: lebih ringkas, hanya maklumat asas, tidak boleh dijadikan bukti sah di mahkamah.

• Carian Rasmi: lengkap, disahkan oleh Pejabat Tanah, dan boleh digunakan dalam apa-apa urusan rasmi.

Kalau nak buat keputusan besar seperti beli atau pindah milik tanah, Carian Rasmi adalah WAJIB.


𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐖𝐚𝐣𝐢𝐛 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐂𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢?


1. Elak ditipu : Pastikan tanah benar-benar milik individu yang berurusan dengan anda.

2. Tahu status sebenar : Jangan sampai beli tanah pertanian tetapi nak buat rumah (tak sesuai kategori).

3. Kenal pasti masalah tersembunyi : Contoh tanah sudah digadai pada bank atau ada caveat.

4. Dokumen sokongan urusan rasmi : Pejabat Tanah hanya terima carian rasmi untuk proses tertentu.


𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐀𝐀𝐌 𝐂𝐚𝐫𝐭 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐮𝐦 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮?


Carian rasmi boleh dibuat sendiri dengan pantas melalui e-Tanah atau boleh dapatkan bantuan kami.

MAAM Cart Centrum boleh bantu:


• Uruskan Carian Rasmi

• Terangkan isi kandungan carian supaya anda benar-benar faham.

• Uruskan dokumentasi dan pengemukakan permohonan urusan tanah di negeri Perak melalui sistem e-Tanah.


Untuk sebarang bantuan boleh hubungi kami di:

**𝙿𝙴𝙽𝙰𝙵𝙸𝙰𝙽: 𝙺𝚊𝚖𝚒 𝚝𝚒𝚍𝚊𝚔 𝚖𝚎𝚖𝚋𝚎𝚛𝚒𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚝𝚊𝚞 𝚖𝚎𝚗𝚢𝚎𝚍𝚒𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚔𝚑𝚒𝚍𝚖𝚊𝚝 𝚗𝚊𝚜𝚒𝚑𝚊𝚝 𝚞𝚗𝚍𝚊𝚗𝚐-𝚞𝚗𝚍𝚊𝚗𝚐

 
 
 

Comments


Featured Posts

Recent Posts

Archive

Search By Tags

Follow Us

  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page