Soalan Lazim @ Frequently Asked Questions (FAQ)

  •  

Bagaimana saya nak guna servis / tanya quotation kerja?

 

Anda boleh isikan Consultation Form untuk menggunakan servis kami. Untuk pertanyaan lanjut sila isi butiran soalan di borang pertanyaan kami di Hubungi Kami.  Anda juga boleh merujuk kami melalui call / WhatsApp  di 019 - 4038 355

  •  

Ada jaminan ke guna servis MAAM Cart Centrum?

 

MAAM Cart Centrum adalah perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (IP0407515-U). Hasil kerja dan hak anda dijamin dengan jaminan WANG DIKEMBALIKAN melalui Terma & Syarat kami. Pihak kami juga memberi jaminan bahawa hasil kerja anda yang dihasilkan adalah original, berkualiti serta dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

  •  

Boleh saya dapatkan refund penuh jika saya tak puas hati dengan kualiti kerja?

 

Dalam polisi servis kami, anda akan diberi REFUND PENUH jika anda tidak puas hati dengan kualiti kerja kami, kerja kami lewat dari tarikh dateline serta kerja kami tidak memenuhi skop kerja yang dinyatakan dalam brief. Sila kemukakan aduan melalui borang kami di Hubungi Kami. Aduan perlu dikemukakan dalam tempoh TUJUH (7) hari selepas anda menerima hasil kerja muktamad kami. Jika aduan anda ada merit, kami akan kreditkan semua bayaran penuh menggunakan maybank2u atau cek.

  •  

Bagaimana nak buat bayaran?
Kami menerima bayaran melalui Paypal (Payment request dihantar melalui email), online banking dan bayaran melalui kaunter / deposit machine ke akaun Maybank: MAAM CART CENTRUM, No. Akaun: 55815 4509 143 serta bayaran menggunakan cek yang dipalang dengan nama MAAM CART CENTRUM. Bagi bayaran mengunakan cek, servis hanya dimulakan selepas cek bayaran deposit (50%) ditunaikan dan hasil kerja akhir diserahkan selepas cek bayaran baki (50%) ditunaikan.
  •  

Boleh saya berjumpa dengan Freelancer anda dan bagaimana untuk berhubung  untuk berbincang berkenaan kerja yang diberi?

 

Servis yang ditawarkan adalah secara ONLINE SAHAJA. Walau bagaimana pun, kami akan pertimbangkan perjumpaan dengan freelancer jurutera kami bagi perkara yang melibatkan lawatan tapak. Sebarang pertanyaan atau perbincangan perlu dilakukan melalui email rasmi kami iaitu contact@maamcartcentrum.solutionsmaamcartcentrum@mail.com atau Live Chat di Website kami

  •  

Kerja saya sangat urgent. Boleh tak teruskan aja tanpa perlu dokumen terma dan syarat / Agreement. 

 

Kami mohon maaf. Jika tiada sebarang terma dan syarat / Agreement yang dipersetujui antara kami dan anda, kami tidak dapat menawarkan servis yang dikehendaki. Terma & Syarat / Agreement adalah penting bagi melindungi kepentingan dan hak kedua-dua pihak. Terma & Syarat / Agreement adalah dalam bentuk softcopy manakala dokumen perjanjian hardcopy bertandatangan hanya akan disediakan jika anda minta.

  •  

Apa output hasil kerja akhir nanti? 

 

Hasil kerja akhir adalah dalam bentuk softcopy. Anda juga akan diberikan 2 set hardcopy (Tidak melebihi 2 helai bagi saiz A1) PERCUMA jika anda melanggan pada / lebih 5 jam bekerja dan pada kadar RM90/jam. Jika anda perlukan lebih set, kami akan majukan sebutharga untuk persetujuan anda.

  •  

Ade deposit ke jika nak guna servis? 

 

Ya. Anda perlu menjelaskan deposit sebanyak 50% daripada jumlah yuran yang dipersetujui untuk menggunakan servis kami dan sebelum kami memulakan kerja.

  •  

Freelancer anda boleh datang ke site? 

 

Hanya freelancer Jurutera sahaja yang boleh pergi ke site jika dipinta. Kos perjalanan atau penginapan (Sekiranya perlu) perlu dibayar berasingan daripada yuran. Manakala khidmat Pembaikan Komputer hanya tertakluk di kawasan Slim River hingga Tanjung Malim Sahaja. Khidmat yang lain adalah secara online sahaja buat masa ini.

  •  

Apa beza anda caj guna Man-Hour atau Fixed Price? 

 

Man-Hour adalah kadar kerja per jam (contoh RM85/jam untuk 10 jam bekerja) dan dikhaskan bagi tugasan yang tidak melangkaui 14 hari. Persetujuan Man-Hour antara anda dan kami diperolehi terlebih dahulu sebelum kerja dapat dimulakan. Fixed Price pula adalah harga pukal bagi tugasan yang melangkaui 14 hari. Harga akhir dimuktamadkan selepas mendapat persetujuan antara MAAM Cart Centrum dan pihak pelanggan.

@2014 by MAAM Cart Centrum 

  • LinkedIn B&W
  • Facebook B&W
  • Google+ B&W