top of page

Apa MB Consent dan Kesan Kepada Permohonan Tanah Anda?

  • Writer: sapervadere
    sapervadere
  • Sep 17
  • 2 min read

Apa itu MB Consent?



ree

Di Negeri Perak, setiap pemindahan hak milik tanah atau permohonan yang melibatkan perubahan status tanah yang bersyarat memerlukan kebenaran rasmi daripada Menteri Besar (MB Consent). MB Consent ialah syarat utama yang termaktub di bawah Kanun Tanah Negara dan Enakmen Tanah Negeri Perak bagi memastikan setiap transaksi tanah berjalan mengikut undang-undang dan kepentingan rakyat.


Antara situasi yang memerlukan MB Consent termasuklah:

  • Pemindahan hak milik tanah daripada seorang pemilik kepada pihak lain yang ada syarat khas.

  • Permohonan tukar syarat nyata tanah (contohnya daripada pertanian kepada bangunan).

  • Pajakan atau gadaian tanah melibatkan pihak ketiga.

  • Pemilikan tanah melibatkan warganegara asing atau syarikat yang berkaitan.



Proses Permohonan MB Consent


1. Penyediaan Dokumen : Pemohon perlu menyediakan dokumen berkaitan seperti salinan geran, perjanjian jual beli, kad pengenalan dan dokumen sokongan lain.

2. Serahan Borang ke Pejabat Tanah : Borang permohonan bersama dokumen perlu dihantar ke Pejabat Tanah Daerah atau melalui sistem e-Tanah.

3. Saringan & Semakan : Pegawai tanah akan menyemak kelayakan serta memastikan tiada sekatan ke atas tanah.

4. Kelulusan MB : Permohonan dihantar ke Pejabat Menteri Besar / ibu pejabat tanah Perak untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan.

5. Pendaftaran Rasmi : Setelah diluluskan, proses pemindahan atau perubahan akan didaftarkan di Pejabat Tanah mengikut garis masa yang dinyatakan dalam surat kelulusan.


Proses ini boleh mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung kepada kelengkapan dokumen serta jenis permohonan.


Cabaran Biasa Dalam Permohonan

  • Dokumen tidak lengkap akan menyebabkan kelewatan.

  • Tanah berstatus Rizab Melayu yang mempunyai syarat pemilikan khusus.

  • Cukai tanah tertunggak yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

  • Sekatan kepentingan / caveat yang perlu dibatalkan sebelum pemindahan boleh dilaksanakan.


Oleh itu, pemohon perlu berhati-hati dan memastikan semua syarat dipenuhi sebelum menghantar permohonan.



Peranan MAAM CART CENTRUM


Untuk memudahkan urusan anda, MAAM CART CENTRUM menyediakan khidmat rundingan dan bimbingan bagi urusan permohonan MB Consent di Perak. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk:

  • Semakan awal dokumen tanah dan nasihat kelayakan (**Kami TIDAK menyediakan khidmat nasihat undang-undang)

  • Penyediaan dan penyusunan borang permohonan dengan betul dan panduan langkah-langkah demi langkah.

  • Permohonan diisikan dengan teliti dan dihantar melalui sistem e-Tanah Perak.

  • Khidmat sokongan tambahan seperti carian rasmi tanah, semakan sekatan kepentingan dan panduan e-Tanah.


Hubungi kami di:

Call: 011-1947 9224

Address: No. 103B, Jalan Perdana 4, Pusat Perniagaan Slim Perdana, 35800, Slim River, Perak

 
 
 

Comments


Featured Posts

Recent Posts

Archive

Search By Tags

Follow Us

  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page