Revolusi Komputer Mini: Kano Computer
Image Source: Kano
Kano adalah Komputer mini saiz telapak tangan anda yang dibuat dengan terasnya dibuat dengan Rasberry Pi. Ianya dicipta oleh Alex Klein dengan dana yang diperolehi melalui kempen di Kickstarter. Semasa kempen dana yang berjaya diperolehi adalah berjumlah lebih USD1.5 juta. Walhal target mereka dalam sebulan kempen adalah USD100k sahaja.

Image Source: Kano
Pada Oktober 2014, Kano telah menyiapkan dan menghantar tempahan 20,000 unit. Harga kit yang murah pada USD150 dihantar pada lebih 86 negara yang mana peminat utama adalah daripada golongan kanak-kanak.
Kano membantu kanak-kanak untuk belajar menulis program, membuat applikasi dan menerapkan pemikiran kritis terhadapa masalah. Kano juga mendapat perhatian perhatian Perdana Menteri Amerika Syarikat, Obama.

Image Source: Kano
Di Malaysia kita juga ada produk setanding dengan Kano yang dibina oleh anak tempatan iaitu Nuyuy Computer Kits. Harga dari RM350 ke RM450. Lebih murah daripada belikan sebuah PC lengkap untuk anak anda.

Image Source: Nuyuy
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.kano.me atau layari pembuat tempatan di www.nuyuy.com