Terma dan Syarat

  • Wix Facebook page
  • LinkedIn App Icon
  • Wix Google+ page
  1. MAAM Cart Centrum menerima bayaran melalui Paypal (Payment request dihantar melalui email), online banking dan bayaran melalui kaunter / deposit machine ke akaun Maybank: MAAM CART CENTRUM, No. Akaun: 55815 4509 143 serta bayaran menggunakan cek yang dipalang dengan nama MAAM CART CENTRUM. Bagi bayaran mengunakan cek, servis hanya dimulakan selepas cek bayaran deposit (50%) ditunaikan dan hasil kerja akhir diserahkan selepas cek bayaran baki (50%) ditunaikan.

  2. Bayaran deposit 50% dikenakan bagi setiap servis. Bagi bayaran akhir, pihak MAAM Cart Centrum akan keluarkan invoice untuk tuntutan baki 50%. 

  3. Semua maklum balas rasmi adalah melalui email dan surat menyurat. 

  4. Jika terdapat permintaan perubahan rekabentuk / manuskrip penulisan berskala major, yang melangkaui kehendak brief daripada pelanggan selepas penghantaran muktamad, MAAM Cart Centrum berhak untuk charge jam masa tambahan / kos tambahan.

  5. Semua rekabentuk / manuskrip produk akhir adalah dalam bentuk softcopy yang akan dimuat turun oleh pelanggan dari pautan link yang akan MAAM Cart Centrum berikan kepada email pelanggan. Sekiranya pelanggan perlukan dalam bentuk dokumen / hardcopy, kami akan majukan secara PERCUMA untuk 3 set pertama (Eksklusif untuk mereka yang melanggan bermula dari 5 jam bekerja dan pada kadar RM90/jam bagi Man-hour atau RM450 bagi Fixed Price) . Untuk set yang seterusnya pihak kami akan majukan quotation harga untuk persetujuan pelanggan.

  6. MAAM Cart Centrum hanya menjalankan perniagaan freelance secara online. Sebarang perbincangan rasmi berkenaan kerja yang sedang berjalan adalah melalui email atau surat menyurat.

  7. Resit sementara akan dihantar melalui email selepas bayaran deposit diterima manakala Resit rasmi dihantar melalui email dan surat rasmi selepas bayaran akhir dilunaskan.

  8. Pihak pelanggan bertanggungjawab menyediakan brief yang jelas dari aspek skop kerja, sasaran tempoh untuk disiapkan, lakaran dan lain-lain maklumat yang membantu bagi tujuan rekabentuk / penulisan. Brief dihantar kepada MAAM Cart Centrum melalui borang Consultation Form. Manakala dokumen sokongan tambahan perlu dihantar berasingan dengan muat turun di email pelanggan dan hantar kepada / contact@maamcartcentrum.solutionsmaamcartcentrum@mail.com. MAAM Cart Centrum akan memproses dan memberi maklum balas dalam masa 48 Jam selepas brief  lengkap diterima.

  9. Caj (Man-Hour) servis rekabentuk selain Rekaan Grafik adalah dari RM60-RM150 sejam manakala servis Penulisan dan Rekaan Grafik  dari RM50-RM100 sejam. Penetapan kadar harga sejam adalah bersadarkan kepada skop kerja, tahap kesegeraan projek dan tahap kesukaran rekabentuk / penulisan manuskrip. Minimum jam bekerja adalah satu (1) jam dan tempoh minimum rekabentuk / penulisan dimuktamadkan adalah Dua (2) hari (Melainkan tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh singkat dan segera) . Maksimum jam bekerja ditentukan selepas mendapat persetujuan bersama di antara pihak pelanggan dan MAAM Cart Centrum. Bagi caj Fixed price,harga akan dirunding bersama pihak pelanggan hingga mencapai persetujuan muktamad.

  10. Bagi servis pembaikan komputer, RM5 dikenakan bagi tujuan diagnosis. Laporan diagnosis lengkap (hardcopy) bersama quotation dan cover letter akan dihantar pelanggan. Kerja pembaikan hanya akan dimulakan apabila harga quotation dipersetujui oleh pelanggan. Komputer / laptop bermasalah akan diambil terus dari lokasi pelanggan secara PERCUMA. Buat masa kini, servis hanya disediakan bagi kawasan di antara Slim River ke Tanjung Malim, Perak. 

  11. MAAM Cart Centrum TIDAK menyediakan servis Professional Endorsement, beroperasi sebagai Firma Arkitek atau Engineering Consulting Practice (ECP) serta bertindak sebagai Submission Person bagi mendapatkan kelulusan pelan di bawah pihak berkuasa tempatan. MAAM Cart Centrum adalah sepenuhnya akur dan merujuk kepada Akta Pendaftaran Jurutera 1967Akta Arkitek 1967, Akta Jalan, Parit, & Bangunan 1974, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 serta Uniform Building By-Law 1984. Sekiranya dipohon, MAAM Cart Centrum akan rujuk permohonan pelanggan kepada Jurutera Professional Berdaftar atau Arkitek Professional Berdaftar.

  12. MAAM Cart Centrum berhak meminda kandungan Terma & Syarat dari masa ke semasa dan akan memaklumkan kepada pelanggan.

  13. Agreement digital (softcopy) akan dihantar melalui email kepada pelanggan bersama maklum balas terhadap brief pelanggan. Agreement bertulis (hardcopy) bertandatangan diantara pihak pelanggan dan MAAM Cart Centrum akan disediakan sekiranya DIPOHON oleh pihak pelanggan. Agreement disediakan dalam dua (2) salinan dan dihantar kepada pelanggan dengan Poslaju. Kos printing, matikan stem dan pos penghantaran adalah ditanggung oleh pihak pelanggan.

  14. MAAM Cart Centrum memberi JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN jika hasil kerja terbukti tidak berkualiti, lewat dari tarikh akhir penghantaran muktamad serta tidak mematuhi kehendak brief pelanggan. Pihak pelanggan yang tidak berpuas hati boleh menghantar aduan melalui borang Hubungi Kami dan dihantar kepada kami dalam tempoh TUJUH (7) hari selepas penerimaan hasil kerja muktamad. Aduan akan diproses dalam tempoh Tujuh (7) hari. Sekiranya terbukti benar, bayaran penuh semula akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelanggan atau melalui cek. MAAM Cart Centrum berhak menolak aduan yang dibuat melangkaui tempoh yang dinyatakan. 

  15. Pihak pelanggan boleh request perubahan kecil pada hasil kerja muktamad yang diterima dalam tempoh TUJUH (7) hari dari tarikh penerimaan hasil kerja muktamad.

  16. Agen Freelance adalah individu yang diberi kebenaran untuk mempromosikan servis di MAAM Cart Centrum kepada pelanggan. Sebagai balasan, MAAM Cart Centrum memberikan bayaran KOMISEN 20% bagi setiap pelanggan yang berjaya melanggan servis di www.MaamCartCentrum.solutions. Perincian terma dan syarat agen hanya diberikan kepada pemohon yang berjaya. Untuk memohon boleh layari Mohon Jadi Agen. Sekiranya agen tidak aktif lebih dari enam (6) bulan daripada tarikh lantikan, agen akan digugurkan secara automatik dari sistem kami.

  17. "A la Carte Services" adalah servis khas bagi kerja-kerja yang tidak terlalu kompleks, komitmen masa yang pendek serta diperlukan segera dalam tempoh 48 Jam. Pelanggan hanya perlu membayar satu jumlah pukal bagi freelancer kami. Untuk kerja yang kompleks dan memerlukan komitment masa lebih 48 jam, para pelanggan perlu membuat tempahan kerja sebagaimana dalam Panduan. Bayaran deposit servis perlu dijelaskan sebelum servis rekabentuk dimulakan.

  18. "Private Short Courses" adalah servis kursus pendek yang disediakan secara privasi untuk maksimum sepuluh (10) orang dan minimum lima (5) orang. Kursus adalah terbuka kepada orang awam atau akademik. Buat masa kini servis kursus hanya disediakan di kawasan sekitar Slim River dan Tanjung Malim, Perak. Kursus perlu ditempah terlebih dahulu melalui Tempahan Online. 

  19. "Book Online" adalah servis khidmat setempat bagi kawasan Slim River hingga Tanjung Malim, Perak. Servis perlu ditempah dan appointment dilakukan secara online. Bayaran servis adalah mengikut jam. Bayaran perlu dijelaskan selepas servis yang ditempah dilaksanakan.

 

 

 

 

@2014 by MAAM Cart Centrum 

  • LinkedIn B&W
  • Facebook B&W
  • Google+ B&W