Tips Memulakan Bisnes Dropship

July 29, 2015

 

 

Komitmen

Walau pun Dropship tampak mudah, ianya memerlukan komitmen sebagaimana model bisnes yang lain. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi dan jangka panjang. Jika anda mengharapkan pendapatan enam (6) angka daripada kerja part time hanya selama 5 minggu, anda akan pasti kecewa. Berlandaskan kepada target yang realistik, anda akan lebih bersedia dan tidak akan mudah bosan, tiada motivasi atau berhenti.

 

 

Memilih Produk dan Pembekal

Pemilihan produk adalah perkara asas. Anda akan mudah menjual sekiranya produk berkenaan anda sukai dan anda mempunyai pengetahuan berkenaan produk yang ingin dijual. Sebelum meletakkan harga sesuka hati pada produk dropship, anda dinasihatkan mengkaji harga pasaran dan harga pesaing anda sekiranya ada.

 

Selepas anda pasti produk yang ingin dijual, pilih pembekal yang berkaitan. Pastikan pembekal adalah syarikat / perniagaan berdaftar serta mempunyai Jaminan Produk serta Polisi Pemulangan Produk. Pastikan juga pembekal mempunyai stok yang cukup. Minta dokumen terma dan syarat agen dropship daripada Syarikat pembekal.

 

 

Pembungkusan dan Penghantaran

Pembungkusan adalah dilakukan oleh Syarikat pembekal terus kepada pelanggan anda tanpa ada logo atau nama syarikat pembekal pada pelanggan. Lebih baik lagi jika anda uji dengan order sendiri pada syarikat pembekal dan nilaikan kualiti pembungkusan yang dilakukan. Pembungkusan yang tidak standard dan sambil lewa akan menyebabkan kerosakan pada produk dan pastinya menyebabkan pelanggan tidak puas hati.

 

Aspek kedua adalah pada servis penghantaran. Ada syarikat yang charge pos penghantaran dan ada yang secara percuma. Statistik menunjukkan pelanggan lebih suka penghantaran percuma. Pastikan penghantaran yang dilakukan oleh pembekal adalah melalui syarikat courier yang memerlukan tandatangan penerimaan oleh pelanggan.

 

BERSAMBUNG....... :)