3 Langkah Peringatan Apabila Menggunakan Khidmat Freelancer

February 12, 2015

Mengikut tafsiran kamus, Freelancer adalah mereka yang menjual servis kepada majikan tanpa sebarang komitmen jangka panjang dengan mana-mana majikan. Dari servis freelance rekaan grafik kepada kerja deraf lukisan teknikal digunakan oleh usahawan / firma atas faktor kos, masa dan servis alternatif.

 

Di Malaysia, tiada data rasmi berkenan berapa ramai Freelancer dalam pasaran kerja semasa. Di Amerika misalnya 1 daripada 3 rakyat mereka (Dalam 42 Juta orang) adalah Freelancer. Post kali ini menggariskan langkah Peringatan kepada individu atau usahawan yang ingin menggunakan khidmat freelancer:

 

1) Latar Belakang & Portfolio Freelancer

 

Ambil masa untuk semak dan baca portfolio Freelancer jika mereka ada menyediakan. Yakini terlebih dahulu bahawa mereka memang pakar dalam bidang yang ingin diberi tugasan. Lebih mudah jika mereka ada website sendiri yang mempamerkan hasil kerja terdahulu.

 

 

2) Pastikan Perjanjian Jual Beli Servis dibuat secara Bertulis

 

Budaya Perjanjian bertulis servis Freelance masih rendah di Malaysia berbanding negara maju seperti Amerika. Di Malaysia kebanyakan servis yang dibuat adalah atas dasar percaya antara majikan dan freelancer. Antara penyebab utama adalah kerana tugasan adalah urgent serta tiada masa untuk menyediakan kontrak perjanjian yang dipersetujui bersama antara Majikan dan Freelancer. Lagi pun sekarang ini ramai yang menggunakan servis freelancer secara online tanpa perlu bersemuka.

 

Mungkin ambil masa jika perjanjian bertulis berkenaan disediakan dan perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak, namun ianya berbaloi jika ada sebarang pertikaian yang timbul di kemudian hari. Tak perlu sediakan perjanjian berjela-jela panjangnya. Gunakan bahasa ringkas yang difahami oleh kedua-dua pihak. Bagi yang menggunakan Khidmat secara online, pastikan nama penuh dan IC Freelancer diperolehi jika yang menawarkan adalah individu dan bukan atas kapasiti perniagaan / usahawan. Kena putuskan siapa yang akan menyediakan perjanjian bersama, sama ada majikan yang sediakan atau Freelancer.

 

 

3) Kaedah dan Terma Pembayaran

 

Selalunya Freelancer akan minta bayaran deposit sebagai cagaran atas kerja yang diminta. Praktis ini adalah lumrah melainkan Freelancer yang minta bayaran penuh sebelum kerja dimulakan. Biasanya bayaran dibuat melalui Online Bank Transfer atau di Cash Machine sahaja. Majikan mempunyai hak untuk melihat sebahagian kemajuan hasil kerja sebelum dimuktamadkan oleh Freelancer. Pastikan Freelancer ada menyatakan kemudahan bagi Majikan memberi ulasan dalam perjanjian sebelum kerja tugasan dimuktamadkan.

 

 

 

 

 

Tags: